Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...
Gerak kerja kokurikulum tahun 2021 menghadapi cabaran terbaru apabila pelaksanaannyan tidak seperti kebiasaan. Penyebaran wabak Covid-19 menuntut penyesuaian aktiviti berdasarkan norma baru. Namun demikian aktiviti perlu diteruskan demi kesinambungan kegiatan kokurikulum untuk anak-anak. Rakan guru perlu menyahut cabaran dan merebut peluang dalam era pembaharuan ini di mana pelaksanaan kokurikulum kini mula berubah platform ke suatu arah lain. Dengan kata lain pelaksanaan kokurikulum kini terarah secara maya atau vitual yang menuntut para guru menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang ict. cabaran ini bukan mudah namun saya yakin rakan guru pasti boleh menanganinya. Keadaan ini bersesuaian peribadi guru yang sentiasa dahagakan ilmu dan menyebarluaskannya kepada anak bangsa. Akhir kalam dari saya selamat maju jaya.
No comments:
Post a Comment