Monday, March 1, 2021

Cabaran Kokurikulum Tahun 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...

Gerak kerja kokurikulum tahun 2021 menghadapi cabaran terbaru apabila pelaksanaannyan tidak seperti kebiasaan. Penyebaran wabak Covid-19 menuntut penyesuaian aktiviti berdasarkan norma baru. Namun demikian aktiviti perlu diteruskan demi kesinambungan kegiatan kokurikulum untuk anak-anak. Rakan guru perlu menyahut cabaran dan merebut peluang dalam era pembaharuan ini di mana pelaksanaan kokurikulum kini mula berubah platform ke suatu arah lain. Dengan kata lain pelaksanaan kokurikulum kini terarah secara maya atau vitual yang menuntut para guru menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang ict. cabaran ini bukan mudah namun saya yakin rakan guru pasti boleh menanganinya. Keadaan ini bersesuaian peribadi guru yang sentiasa dahagakan ilmu dan menyebarluaskannya kepada anak bangsa. Akhir kalam dari saya selamat maju jaya.

Thursday, October 24, 2019

Pengurusan Kokurikulum SK Nyatoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SK Nyatoh dan para pembaca blogspot.

Penghasilan blog ini bertujuan melicinkan pengurusan gerak kerja kokurikulum SK Nyatoh pada tahun mendatang sejajar dengan perkembangan teknologi maya dan dasar penjimatan. Maklumat dan segala perkembangan juga bahan perkongsian berhubung aktiviti kokurikulum akan dimuatkan dalam laman ini. Para pembaca dan pengguna blog ini boleh melihat dan memperolehi maklumat berkaitan aktiviti kokurikulum semasa sekolah. Selaian itu, warga SK Nytoh juga disarankan melengkapkan laporan gerak kerja kokurikulum yang disertai melalui ruang yang disediakan. Pihak pentadbir blog berharap blog ini dapat digunakan secara optimum dan memberi manfaat kepada semua pihak. Sebarang komentar boleh dihantar terus kepada pentadbir blog dari masa.